Sabtu, 12 April 2014

Apakah Pendidikan Khas?



Pendidikan khas

  • suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas.
  • menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
  • Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
  • matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas
  • pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982)



Siapakah Kanak-Kanak Istimewa ini.

Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa

  1. dalam ciri-ciri mental
  2. keupayaan deria
  3. dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
  4. dalam tingkah laku social- emosi
  5. dalam keupayaan komunikasi atau
  6. dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.
Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 comments:

Catat Ulasan

Berita Terkini
Loading...
Hantar Pesanan
Esc Untuk Tutup