Falsafah Pendidikan Khas
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, mayarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat
dan negara.