Khamis, 1 Mei 2014

Apa Itu Autism


Pengenalan
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
·         Komunikasi
·         Tindak balas sosial
·         Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
Komunikasi
·         Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
·         Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
·         Kurang cerdas semasa bermain
·         Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial
·         Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
·         Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
·         Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
·         Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
·         Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
·         Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
·         Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
·         Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
·         Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
·         Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
·         Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :
·         Membaiki kemahiran sosial
·         Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
·         Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
·         Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
·         Kelakuan ganas
·         Hiperaktif
·         Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk :
·         Terapi pertuturan dan bahasa
o    Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
·         Cara pulih kerja ( occupational therapy )
o    untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
o    berbagai rangsangan pancaindera / deria
·         Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
o    Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
·         Pendidikan khas
o    kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
·         Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.




contoh tingkahlaku kanak-kanak autism





Kumpulan sokongan
Alamat Pusat NASOM dan Nombor Telefon
NO
CENTRE
TELEFON / FAX
Supervisor/ Coordinator
1PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KUALA LUMPUR No 4 Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur No 2 Jalan 7/18 B Taman Batu Permai Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala LumpurTel: 03-40223744 Fax: 03-40254495 Email:nasom@streamyx.comPn. Liew Yoon Loy (Executive Director NASOM) Cik Hasliza Abd Hamid Pn. Gerdir Kaur
2PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PETALING JAYA No. 10 Jalan Mewah 6/9 Seksyen 6 Petaling Jaya Selangor Darul EhsanTel : 03-77816981Pn. Zaleha Jaalan
3PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KLANG No 5 Lorong Sepat 2 Taman Bertek, Teluk Pulai 41300 Klang, Selangor Darul EhsanTel: 03-33732991 Fax:03-33732991 Email:ppaklang@tm.net.myCik Rageswary Karuppiah
4PUSAT PENDIDIKAN AUTISME IPOH No 2 Persiaran Cempaka sari 9 Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak Darul RidzuanTel:05-5483570 Fax:05-5483570Cik Ann Chung Foong Leng
5PUSAT PENDIDIKAN AUTISME SEREMBAN No 153 Lorong Pinang gading, Taman Pinang Gading, 70400 Seremban Negeri SembilanTel: 06-7674400 Fax06-7674400Puan Ratnam
6.PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PENANG No 32-34 Jalan Pantai Jerjak (1) 11900 Bayan Lepas, Pulau PinangTel: 04-6587034 Fax:04-6587034Cik R. Gengespari
7.PUSAT PENDIDIKAN AUTISME BUTTERWORTH No 8 Lorong Molek 3 Bagan Ajam 13000 Butterworth, Pulau PinangTel: 04-3238792 Fax: 04-3238792Pn. Rusmawati Abdullah
8PUSAT PENDIDIKAN AUTISME MELAKA Bistari Negeri Melaka No 48 Jalan Bukit Peringgit 75400 Peringgit, MelakaTel: 06-2882518Pn. Norhaya Sulaiman
9.PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KANGAR No 18 Taman Sentua 01000 Kangar, PerlisPuan Maslinda Ishak
10PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KUALA LUMPUR 6-4 Blok A Jalan 2/114 Kuchai Lama Business Centre Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala LumpurTel: 03-79843942Puan Kamariah Majid
11PUSAT LATIHAN VOKASIONAL/ASRAMA NASOM D/a Bengkel Daya KM 4 Jalan Batu Unjur Persiaran Tengku Ampaun Rahimah 41200 Klang, Selangor
The National Autism Society of Malaysia
No. 4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495
General enquiries: nasom@streamyx.com
Fund-raising/ Volunteerism: aliciahon@nasom.com.my
Professional enquiries: rica@nasom.com.my
Website : http://nasom.my.diip.net/ 
Lion's Resource Centre for Autistic Children 409,
Babington Ave 10450
Penang MALAYSIA
Tel: 604-636996
Perak Autistic Resource Centre 2,
Persiaran Cempaka Sari 9,
Tmn Cempaka 31400
Ipoh MALAYSIA
Tel : 605-583570






Sumber Kredit  http://www.myhealth.gov.my/

















0 comments:

Catat Ulasan

Berita Terkini
Loading...
Hantar Pesanan
Esc Untuk Tutup