Apa Itu Autism
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar
seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran
kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara
1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak
laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu
berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
·
Komunikasi
·
Tindak
balas sosial
·
Tingkah
laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan
yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan
dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan
kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi
kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di
dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor
utama :
Komunikasi
·
Lambat,
tidak normal atau tidak boleh bertutur
·
Bahasa
tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
·
Kurang
cerdas semasa bermain
·
Kurang
upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial
·
Hilang
tumpuan dan kurang mimik muka
·
Tiada
kesedaran perasaan terhadap orang lain
·
Suka
bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
·
Suka
bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan
aktiviti
·
Menggerakkan
anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke
hadapan dan belakang, menganguk kepala
·
Menumpukan
perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
·
Tertekan
ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
·
Hanya
berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat
gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
·
Peringkat
awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
·
Peringkat
akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
·
Peringkat
remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini
diperlukan untuk :
·
Membaiki
kemahiran sosial
·
Menggalakkan
lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
·
Menambah
baikkan komunikasi verbal dan non verbal
·
Membantu
keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi
ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul
disebabkan autism seperti:
·
Kelakuan
ganas
·
Hiperaktif
·
Kebimbangan
yang mungkin timbul
Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk :
·
Terapi
pertuturan dan bahasa
o
Untuk
memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
·
Cara
pulih kerja ( occupational therapy )
o
untuk
menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan
tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
o
berbagai
rangsangan pancaindera / deria
·
Pencegahan
tingkah laku ( behaviour intervention )
o
Untuk
menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
·
Pendidikan
khas
o
kanak-kanak
autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh
diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan
kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti
National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
·
Pendaftaran
Kurang upaya ( Disability registration )
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.![]() |
contoh tingkahlaku kanak-kanak autism |
Kumpulan sokongan
Alamat Pusat NASOM dan Nombor Telefon
NO
|
CENTRE
|
TELEFON / FAX
|
Supervisor/ Coordinator
|
---|---|---|---|
1 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KUALA LUMPUR No 4 Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur No 2 Jalan 7/18 B Taman Batu Permai Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur | Tel: 03-40223744 Fax: 03-40254495 Email:nasom@streamyx.com | Pn. Liew Yoon Loy (Executive Director NASOM) Cik Hasliza Abd Hamid Pn. Gerdir Kaur |
2 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PETALING JAYA No. 10 Jalan Mewah 6/9 Seksyen 6 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan | Tel : 03-77816981 | Pn. Zaleha Jaalan |
3 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KLANG No 5 Lorong Sepat 2 Taman Bertek, Teluk Pulai 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan | Tel: 03-33732991 Fax:03-33732991 Email:ppaklang@tm.net.my | Cik Rageswary Karuppiah |
4 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME IPOH No 2 Persiaran Cempaka sari 9 Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan | Tel:05-5483570 Fax:05-5483570 | Cik Ann Chung Foong Leng |
5 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME SEREMBAN No 153 Lorong Pinang gading, Taman Pinang Gading, 70400 Seremban Negeri Sembilan | Tel: 06-7674400 Fax06-7674400 | Puan Ratnam |
6. | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PENANG No 32-34 Jalan Pantai Jerjak (1) 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang | Tel: 04-6587034 Fax:04-6587034 | Cik R. Gengespari |
7. | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME BUTTERWORTH No 8 Lorong Molek 3 Bagan Ajam 13000 Butterworth, Pulau Pinang | Tel: 04-3238792 Fax: 04-3238792 | Pn. Rusmawati Abdullah |
8 | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME MELAKA Bistari Negeri Melaka No 48 Jalan Bukit Peringgit 75400 Peringgit, Melaka | Tel: 06-2882518 | Pn. Norhaya Sulaiman |
9. | PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KANGAR No 18 Taman Sentua 01000 Kangar, Perlis | Puan Maslinda Ishak | |
10 | PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KUALA LUMPUR 6-4 Blok A Jalan 2/114 Kuchai Lama Business Centre Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur | Tel: 03-79843942 | Puan Kamariah Majid |
11 | PUSAT LATIHAN VOKASIONAL/ASRAMA NASOM D/a Bengkel Daya KM 4 Jalan Batu Unjur Persiaran Tengku Ampaun Rahimah 41200 Klang, Selangor |
The National Autism Society of Malaysia
No. 4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495
No. 4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495
General enquiries: nasom@streamyx.com
Fund-raising/ Volunteerism: aliciahon@nasom.com.my
Professional enquiries: rica@nasom.com.my
Website : http://nasom.my.diip.net/
Fund-raising/ Volunteerism: aliciahon@nasom.com.my
Professional enquiries: rica@nasom.com.my
Website : http://nasom.my.diip.net/
Lion's Resource Centre for Autistic Children 409,
Babington Ave 10450
Penang MALAYSIA
Tel: 604-636996
Babington Ave 10450
Penang MALAYSIA
Tel: 604-636996
Perak Autistic Resource Centre 2,
Persiaran Cempaka Sari 9,
Tmn Cempaka 31400
Ipoh MALAYSIA
Tel : 605-583570
Persiaran Cempaka Sari 9,
Tmn Cempaka 31400
Ipoh MALAYSIA
Tel : 605-583570
Sumber Kredit http://www.myhealth.gov.my/
0 comments:
Catat Ulasan